ungu   biru   turkois      
enms
A- A A+

Berita Terkini

Arkib Berita

Tag SPLWK:

PENGKALAN CHEPA: 18-21 September 2023, Telah berlangsung Kursus Pembersihan Data Sistem e-Vet Permit (e-Vet Sweep) di Makmal Komputer, Fakulti Jabatan Perubatan Veterinar UMK, Padang Tembak. Seramai 15 orang peserta dari Ibu Pejabat JPVNK dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan telah mengikuti kursus tersebut selama 4 hari.

Kursus eVet Sweep 2

Kursus tersebut dibuat bertujuan bagi membersihkan data untuk premis yang tidak aktif, premis yang berulang dan sebagainya. Antara tenaga pengajar yang terlibat Dr. Salina Amad Bugis, Ketua Unit Daya Jejak Seksyen Kawalan Penyakit Haiwan dan Zoonotik turut dibantu oleh En. Muhammad Nur Daniel.

Tag SPLWK:

JELI: 13-14 September 2023, Satu Bengkel Pengukuhan NAIMbif Bagi Tahun 2023 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah diadakan di Lalang's Resort & Spa. Seramai lebih 30 orang peserta dari kalangan kakitangan JPVNK telah menghadiri bengkel tersebut.

Turut hadir dalam bengkel tersebut Haji Mohd  Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Dr. Khairun Anisa binti Mat Yazid, Ketua Bahagian Pembangunan Industri Ternakan JPVNK dan penceramah undangan En Abd. Halim bin Mohamed mantan Ketua Bahagian Perancang dan Penilaian. 

Bengkel NAIMbif 1

Antara objektif bagi bengkel tersebut adalah :

  1. Untuk memberi pendedahan dan memantapkan kemahiran pegawai dan kakitangan JPVNK dalam tatacara pelaksanaan Plan Pembangunan Sistem Pengeluaran NAIMbif
  2. Untuk menilai status semasa pelaksanaan pelan Pembangunan Sistem
    Pengeluaran NAIMbif serta mengenalpasti isu dan permasalahannya
  3. Untuk merancang langkah pembetulan dan penambahbaikan pelaksanaan
    Pelan Pembangunan Sistem Pengeluaran NAIMbif bagi memastikan sasarannya tercapai menjelang Tahun 2040

Bengkel NAIMbif 2

Tag SPLWK:

KOTA BHARU: 14 September 2023, Telah berlangsung satu program Kunjungan Hormat Bahagian Pembangunan dan Kecemerlangan Bakat (BPKB) Universiti Malaysia Kelantan(UMK) Kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK), Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman di Ibu Pejabat JPVNK, Kubang Kerian.

Tag SPLWK:
KOTA BHARU: 5 September 2023, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Asas Penternakan Kambing di Pusat Latihan Pertanian KADA Melor. Seramai 42 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut.
 
Antara penceramah yang terlibat adalah Dr. Mohd Jaafar bin Abdullah mantan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Puan Siti Mardhiah binti Zakaria, Ketua Unit Latihan dan Pembangunan Kerjaya dan En Baharuddin bin Omar Ketua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Tanah Merah.
 
Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta yang hadir. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan program tersebut.
 
kursus kambing 2023 2
 

Tag SPLWK:

KOTA BHARU: 30 Ogos 2023, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah menyertai Perbarisan dan Perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhamad Ke IV. Kontinjen dengan kekuatan seramai 35 ahli telah diketuai oleh Tuan Azrie Zainuddin berjaya menempatkan diri ke 10 kontinjen terbaik dalam Kategori Agensi Kerajaan yang bertanding pada tahun ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

IMG 4733

Kod Qr

dvs kel2

Kaunter Pelawat

Today186
Yesterday325
This week186
This month5802
Total121478

2024-11-18

Waktu Operasi

WAKTU OPERASI PEJABAT :
Ahad - Rabu : 8:00 AM - 5:00 PM
(Rehat 1:00 PM - 2:00 PM)

Khamis : 8:00 AM - 3:30 PM
(Rehat 1:00 - 2:00 PM)
------------------------------------------------
WAKTU OPERASI KLINIK :
Ahad - Rabu : 8:30 AM - 4:00 PM
(Rehat 12:00 PM - 2:30 PM)
Khamis : 8:30 AM - 12:00 PM

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : TUTUP

Penafian

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

Privacy Policy

© Copyright {2020} Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. All Rights Reserved.