JELI: 13-14 September 2023, Satu Bengkel Pengukuhan NAIMbif Bagi Tahun 2023 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah diadakan di Lalang's Resort & Spa. Seramai lebih 30 orang peserta dari kalangan kakitangan JPVNK telah menghadiri bengkel tersebut.
Turut hadir dalam bengkel tersebut Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Dr. Khairun Anisa binti Mat Yazid, Ketua Bahagian Pembangunan Industri Ternakan JPVNK dan penceramah undangan En Abd. Halim bin Mohamed mantan Ketua Bahagian Perancang dan Penilaian.
Antara objektif bagi bengkel tersebut adalah :
- Untuk memberi pendedahan dan memantapkan kemahiran pegawai dan kakitangan JPVNK dalam tatacara pelaksanaan Plan Pembangunan Sistem Pengeluaran NAIMbif
- Untuk menilai status semasa pelaksanaan pelan Pembangunan Sistem
Pengeluaran NAIMbif serta mengenalpasti isu dan permasalahannya - Untuk merancang langkah pembetulan dan penambahbaikan pelaksanaan
Pelan Pembangunan Sistem Pengeluaran NAIMbif bagi memastikan sasarannya tercapai menjelang Tahun 2040