ungu   biru   turkois      
enms
A- A A+

Berita Terkini

Arkib Berita

Tag SPLWK:
KOTA BHARU - Telah berlangsung satu Bengkel Tatacara Penyediaan Dokumen Kewangan Secara Manual Bagi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan pada 7 Disember 2022 bersamaan 12 Jamadil Awal 1444H di Dewan Songket 1, Sutera Inn Prima Hotel.
 
Taklimat bengkel tersebut telah disampaikan oleh Puan Murzana binti Mohd Zin dan Puan Siti Nurhanis binti Mohd Sariff, Pembantu Tadbir (Kewangan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.
 
bengkel lo 2

Tag SPLWK:
KOTA BHARU - Majlis Pelancaran EKSA Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah diadakan di H Elite Hotel, Tunjong pada 5 Disember 2022 bersamaan 10 Jamadil Awal 1444H. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dr. Syarifah Asiah binti Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan pada pukul 2.30 petang.
 
Penyampaian hadiah juga turut disampaikan kepada pemenang pertandingan reka bentuk logo EKSA Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan iaitu Puan Siti Nurhanis binti Mohd Sariff. Keperluan yang perlu dilakukan oleh jabatan bagi mendapatkan pensijilan pengiktirafan EKSA turut dibincangkan dalam majlis tersebut.
eksa 2

Tag SPLWK:
KUBANG KERIAN: 10 Oktober 2022, telah berlangsung satu Seminar Kesedaran Penyakit Rabies Peringkat Negeri Kelantan bertempat di H Elite Hotel, Kota Bharu anjuran Bahagian Kesihatan Veterinar. Antara tajuk yang dikupas di dalam seminar ini ialah Penyakit Rabies kepada Haiwan ( Dr Ong Jin Seng, Ketua Seksyen Kawalan Penyakit dan Zoonotik JPVNK), Akta Kebajikan Haiwan serta Warta Rabies (Dr Ainin Syakirah, Ketua Bahagian Regulatori). Turut diundang ketika seminar ini ialah Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri iaitu Dr Nik Mohd Hafiz bin Nik Mohd Fuzi untuk menyampaikan slot bertajuk Penyakit Rabies kepada Manusia.
 
Berkesinambungan dengan seminar ini, Pertandingan Kucing Cantik Peringkat Negeri diadakan bagi menyemai sifat cinta akan haiwan. Pertandingan ini telah berjaya mengumpulkan sebahagian pemilik kucing di sekitar Kota Bharu dan sebanyak 22 ekor kucing dari Kategori Bulu Panjang dan Kategori Bulu Pendek bersaing bagi mendapat gelaran ‘The Best Choice’ dan Juara dalam Kategori masing-masing.
 
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Haji Abdul Azziz Kadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam sekitar di irinngi oleh Dr Syarifah Asiah Binti Mohd Amin, Timbalan Pengarah JPVNK. Setinggi-tinggi tahniah dan Syabas kepada semua Jawatankuasa yang terlibat dan semua yang menjayakan program ini.
 

Pertandingan Kucing Cantik Seminar Kesedaran Rabies dan Kebajikan Haiwan

 

Tag SPLWK:
TANAH MERAH: 3 Oktober 2022, telah berlangsung satu program Sidang Penternak Jajahan Tanah Merah di Bumi Barakah Agro, Belakang Kubur, Kampung Bechah Laut Tanah Merah. Terdapat 4 sesi taklimat yang diadakan bagi program tersebut, iaitu Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Ladang (Dr. Ong Jin Seng, Bahagian Kesihatan Ternakan, JPVNK), Pengenalan Kepada Sistem Penternakan NAIMbif (Hj. Zailani bin Hj. Hussin, Bahagian Regulatori, JPVNK), Taklimat Agropreneur Muda (En. Baihagi bin Ab. Rhaman, Ketua Unit Unggas, JPVNK) dan Zakat Penternakan (Encik Zawawi).
 
Sesi soal jawab jabatan bersama penternak juga turut diadakan pada pukul 12.00 tengahari. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Syarifah Asiah binti Mohd Amin, Timbalan Pengarah, JPVNK. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Pengerusi, Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar. Setinggi terima kasih kepada tuan rumah dan semua yang telah menjayakan program ini.
 
Sidang Penternak Jajahan Tanah Merah

Kod Qr

dvs kel2

Kaunter Pelawat

Today269
Yesterday325
This week269
This month5885
Total121561

2024-11-18

Waktu Operasi

WAKTU OPERASI PEJABAT :
Ahad - Rabu : 8:00 AM - 5:00 PM
(Rehat 1:00 PM - 2:00 PM)

Khamis : 8:00 AM - 3:30 PM
(Rehat 1:00 - 2:00 PM)
------------------------------------------------
WAKTU OPERASI KLINIK :
Ahad - Rabu : 8:30 AM - 4:00 PM
(Rehat 12:00 PM - 2:30 PM)
Khamis : 8:30 AM - 12:00 PM

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : TUTUP

Penafian

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

Privacy Policy

© Copyright {2020} Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. All Rights Reserved.