KOTA BHARU: 30 Ogos 2023, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah menyertai Perbarisan dan Perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhamad Ke IV. Kontinjen dengan kekuatan seramai 35 ahli telah diketuai oleh Tuan Azrie Zainuddin berjaya menempatkan diri ke 10 kontinjen terbaik dalam Kategori Agensi Kerajaan yang bertanding pada tahun ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.