- Tag SPLWK:
KUBANG KERIAN: 5 Oktober 2023, Program Ceramah Kesedaran Gangguan Seksual di Tempat Kerja telah dianjurkan oleh JVPVNK bersama Puspanita Bahagian JPVNK pada hari ini di Ibu Pejabat JPVNK. Program ini diadakan khas untuk memberi pendedahan kepada gangguan seksual di tempat kerja, kesan dan langkah yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa.
Turut hadir dalam program tersebut Penasihat Program YBrs Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Pengarah Program YBrs Puan Hajjah Wan Mimi Azura binti Wan Abdullah, Pengerusi Puspanita JPVNK, JK Puspanita Bahagian JPVNK dan Penceramah bagi program tersebut YBrs Puan Nor Aziyawati binti Abdul Aziz JK Tugas-tugas Khas Puspanita Bahagian JPVNK.
Program ini juga memberi peluang kepada pegawai dan kakitangan termasuk isteri pegawai dan kakitangan JPVNK untuk mendaftar sebagai ahli dan menyemak status keahlian. Sekaligus mengerakkan ukhuwah antara satu sama lain yang akan menjadi pemangkin kepada kekuatan Puspanita Bahagian JPVNK. Lebihi 70 orang ahli dari pelbagai jabatan di bawah JPVNK yang hadir ke program ini.
Sambutan Hari Rabbies Sedunia
- Super User
- Arkib Berita
- Tag SPLWK:
- Tag SPLWK:
KOTA BHARU: 26-27 September 2023, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah menganjurkan satu Bengkel Penghasilan Kertas Kerja Projek Ternakan di Ibis Style Hotel. Seramai 42 orang peserta dari kalangan kakitangan JPVNK telah menyertai bengkel tersebut dengan jayanya.
Bengkel tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Hj Zailani bin Hj Hussin dan seterusnya dirasmikan oleh YBrs Tn Hj Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah (Pengurusan), JPV Negeri Kelantan. Bengkel diteruskan dengan Ceramah Teori oleh En Abd Halim bin Mohamed bersama Hj Zailani bin Hj Hussin; Bengkel diteruskan dengan latihamal secara kumpulan oleh semua peserta yang hadir.
Tujuan bengkel diadakan untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada kakitangan mengenai penghasilan kertas kerja projek ternakan yang lengkap kepada penternakan.
Kursus Asas Penternakan Ayam Kampung
- Super User
- Arkib Berita
- Tag SPLWK:
MELOR: 21 September 2023, Kursus Asas Penternakan Ayam Kampung telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian KADA Melor hari ini. Seramai lebih 40 orang peserta dari kalangan penternak lama dan baru telah mengikuti kursus tersebut dengan jayanya.
Kursus tersebut telah disempurnakan oleh YBrs Tn Hj Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah (Pengurusan), JPV Negeri Kelantan. Antara penceramah yang terlibat dalam kursus tersebut adalah Pn Siti Mardhiah binti Zakaria, Ketua Unit Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Hj Azemi bin Mahmud, Unit Unggas dan En Baharuddin bin Omar, Ketua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Tanah Merah.
Antara tajuk intipati yang dibentangkan adalah :-
Ceramah 1 : Pengenalan Dan Pengurusan Asas Ternakan Ayam Kampung
Ceramah 2 : Pemakanan Ayam Kampung
Ceramah 3 : Penyakit Dan Pengurusan Kesihatan Ayam Kampung
Ceramah 4 : Taklimat Program Agropreneur Muda
Ceramah 5 : EM dan Kepentingannya Dalam Penternakan Ayam Kampung
- Tag SPLWK:
Kursus Asas Teknologi Permanian Beradas (AI) Lembu bagi tahun 2023 bertempat di Kolej Vokasional Pasir Puteh dirasmikan oleh YBrs Tn Hj Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah (Pengurusan), JPV Negeri Kelantan. Hadir bersama ialah Pengarah Kolej Vokasional Pasir Puteh. Ts Mat Ali bin Ismail. Kursus berlangsung selama 3 hari bermula 19-21 September 2023.