PENGKALAN CHEPA: 18-21 September 2023, Telah berlangsung Kursus Pembersihan Data Sistem e-Vet Permit (e-Vet Sweep) di Makmal Komputer, Fakulti Jabatan Perubatan Veterinar UMK, Padang Tembak. Seramai 15 orang peserta dari Ibu Pejabat JPVNK dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan telah mengikuti kursus tersebut selama 4 hari.
Kursus tersebut dibuat bertujuan bagi membersihkan data untuk premis yang tidak aktif, premis yang berulang dan sebagainya. Antara tenaga pengajar yang terlibat Dr. Salina Amad Bugis, Ketua Unit Daya Jejak Seksyen Kawalan Penyakit Haiwan dan Zoonotik turut dibantu oleh En. Muhammad Nur Daniel.