KOTA BHARU: 5 September 2023, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Asas Penternakan Kambing di Pusat Latihan Pertanian KADA Melor. Seramai 42 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut.
Antara penceramah yang terlibat adalah Dr. Mohd Jaafar bin Abdullah mantan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Puan Siti Mardhiah binti Zakaria, Ketua Unit Latihan dan Pembangunan Kerjaya dan En Baharuddin bin Omar Ketua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Tanah Merah.
Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta yang hadir. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan program tersebut.