Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Veterinar) dan Pengarah Penguatkuasa Veterinar, DVS Malaysia Ke DVS Kelantan
- Super User
- Arkib Berita
- Tag SPLWK:
10 Oktober 2021 - Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Veterinar), DVS Malaysia, Dr. Akma binti Ngah Hamid dan Pengarah Penguatkuasa Veterinar, En Zaharinan bin Abd Aziz ke Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.
Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II Dan Pengagihan Bakul Makanan MAFI Prihatin
- Super User
- Arkib Berita
- Tag SPLWK:
Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II hari ini meluangkan masa bagi mengadakan lawatan kerja dan pengagihan bakul makanan MAFI Prihatin di Projek Ternakan Lembu Fidlot, Kampung Alor Hijau dan Projek Ternakan Ladang Kambing Pedaging Kampung Seligi Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan
Turut hadir dalam program tersebut Dr. Akma binti Ngah Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Veterinar), DVS Malaysia serta rombongan,
10 Oktober 2021 - Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Veterinar), DVS Malaysia, Dr. Akma binti Ngah Hamid dan Pengarah Penguatkuasa Veterinar, En Zaharinan bin Abd Aziz ke Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.
dan Dr. Syarifah Asiah binti Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Kesihatan Veterinar) DVS Kelantan.
Seramai 100 orang penternak yang terkesan dengan covid-19 dan golongan B40 dari 10 jajahan telah menerima sumbangan pengagihan bakul makanan MAFI. Hanya wakil dari 10 jajahan yang hadir menerima sumbangan tersebut bagi menjaga SOP.
Terima kasih kepada semua rakan strategik DVS HQ yang menyumbangkan barangan untuk bakul makanan MAFI Prihatin. Terima kasih juga kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Lawatan Kerja YB Exco Pertanian Ke Ladang Sawit milik En Mohamed Anuar Othman dan En Low Dong Chuan
- Super User
- Arkib Berita
- Tag SPLWK:
Telah berlangsung satu program Lawatan Kerja YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar bersama YB Hilmi Abdullah ADUN Guchil Ke Ladang Sawit milik En Mohamed Anuar Othman dan En Low Dong Chuan. Ternakan yang diusahakan oleh usahawan muda ini melebih 1000 ekor lembu pelbagai spesis, kerbau dan kambing. Hasil yang lumayan dan sistem yang ekonomik apabila diusahakan bersama dalam kawasan ladang.
Semoga perkembangan ini memberi hasil yang berimpak besar terhadap sektor pertanian dan juga ekonomi di negeri serambi mekah ini.
Mesyuarat dan Lawatan Tapak Cadangan Pusat Pembiakan dan Penyelidikan Lembu NAIMbif Jajahan Bachok
- Super User
- Arkib Berita
- Tag SPLWK:
15 Mac 2021, Isnin - Satu Mesyuarat Cadangan Pusat Pembiakan dan Penyelidikan Lembu NAIMbif bagi jajahan Bachok telah diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok.
Turut diadakan ialah lawatan tapak ladang lembu Ustaz Lah, Kampung Aman Jajahan Bachok, tapak cadangan Kandang NAIMbif Kandis. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Jajahan Bachok, Haji Mohd Farid bin Dato' Haji Abdul Razak, dan diiringi oleh pegawai dari Kelantan Biotech Corporation, wakil YB Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar serta Ketua Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, Dr. Syarifah Asiah binti Mohd Amin dari DVS Kelantan
- Tag SPLWK: