ungu   biru   turkois      
enms
A- A A+

Berita Terkini

Arkib Berita

Tag SPLWK:
YB Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail diiringi YBrs  Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah, JPV Kelantan, Adun Semerak YB Nor Sham Sulaiman, wakil YB DUN Limbongan dan Tok Penggawa Selising bagi merasmikan Majlis Penutup Sidang Penternak Jajahan Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
 
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penternak mengenai kawalan penyakit dan biosekuriti ladang ternakan ruminan, menyampaikan peluang-peluang pembangunan ruminan kepada penternak ruminan serta sebagai medan bersemuka antara Jabatan dan penternak bagi membincangkan isu-isu dari penternak dan merapatkan ukhuwah antara penternak dan jabatan.
 
Seramai 120 peserta terdiri daripada penternak lembu dan kambing serta kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Pihak Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan kepada Jabatan sebanyak 2.5 juta ringgit Malaysia dalam membangunkan industry ruminan di negeri Kelantan. Merangkumi lembu pedaging, kambing dan bebiri serta kerbau. Rm200,000 pula untuk pawah rusa dan RM300 ribu ringgit pada tahun 2023 bagi membangunkan industri tenusu seperti yang telah dibentangkan oleh En Zaimi Daud iaitu Ketua Seksyen Komoditi Ternakan, JPVNK.
 
Diharap segala bantuan daripada pihak kerajaan negeri ini dapat membangunkan lagi industri ruminan di negeri Kelantan. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua.

Tag SPLWK:

KOTA BHARU: Malam Gala JPVNK bertemakan Melayu Klasik telah diadakan pada 27 November 2023 di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan.

Tag SPLWK:

JELI: Telah diadakan Kursus Kecemerlangan Diri dan Terapi Minda di D Pergau In pada 22 hingga 23 November 2023. Peserta kursus tersebut terdiri daripada kakitangan Ibu Pejabat dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan.

Tag SPLWK:
SEMINAR PENAMBAHBAIKAN SOP PEMINDAHAN TERNAKAN DAN KARKAS ANTARA NEGERI DAN DALAM NEGERI
 
TARIKH : 21.11.2023 (SELASA)
MASA : 8.00 PAGI - 1.00 PTG
TEMPAT : HOTEL GRAND RENAI KOTA BHARU
 
Seminar SOP Pemindahan Ternakan dan Karkas ini diadakan untuk memberi pendedahan dan makluman kepada Pegawai-pegawai Perkhidmatan Veterinar di jajahan dan pengusaha ternakan di Negeri Kelantan Berkenaan SOP baru yang akan dikuatkuasa bermula 1.12.2023.
 
Seminar ini di hadiri oleh 60 orang pengusaha ternakan di Negeri Kelantan dan 40 orang Pegawai Perkhidmatan Veterinar di Ibu Pejabat dan Jajahan.
 
Seminar dijalankan secara 2 sesi iaitu sesi pertama Ceramah Penguatkuasaan Undang-undang oleh Pegawai Pegutkuasa Veterinar Negeri Kelantan dan Ceramah SOP Pemindahan Ternakan dan Karkas oleh Pegawai Veterinar di Bahagian Kesihatan Veterinar DVS Kelantan. Sesi kedua diadakan sesi soal jawab bersama pegawai-pegawai veterinar di Seksyen Kawalan Penyakit dan Zoonotik, DVS Malaysia, Pegawai Veterinar dan Pegawai Penguatkuasa Veterinar DVS Kelantan. Majlis penutup diakhiri dengan ucapan penutup oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah JPVNK.

Tag SPLWK:
KOTA BHARU: Telah diadakan Kursus Asas Pemakanan Ternakan dan Silaj pada 20 November 2023 di Pusat Latihan KADA Melor. Seramai lebih 30 orang peserta yang hadir terdiri daripada kalangan penternak.
 
Kursus tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah JPVNK.

Kod Qr

dvs kel2

Kaunter Pelawat

Today169
Yesterday325
This week169
This month5785
Total121461

2024-11-18

Waktu Operasi

WAKTU OPERASI PEJABAT :
Ahad - Rabu : 8:00 AM - 5:00 PM
(Rehat 1:00 PM - 2:00 PM)

Khamis : 8:00 AM - 3:30 PM
(Rehat 1:00 - 2:00 PM)
------------------------------------------------
WAKTU OPERASI KLINIK :
Ahad - Rabu : 8:30 AM - 4:00 PM
(Rehat 12:00 PM - 2:30 PM)
Khamis : 8:30 AM - 12:00 PM

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : TUTUP

Penafian

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

Privacy Policy

© Copyright {2020} Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. All Rights Reserved.