- Tag SPLWK:
22 Oktober 2023 (Ahad), KOTA BHARU – Satu Lawatan Kerja Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia bersama PUSPANITA DVS Putrajaya dan PUSPANITA DVS Kelantan telah diadakan di Sheepy Farm & Frozen Distribution, Kampung Kubang Bongor, Kelantan.
YBrs. Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah dan Pengerusi PUSPANITA Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, YBrs. Puan Hajjah Wan Mimi Azura binti Wan Abdullah mengalu-alukan kehadiran YBhg. Datin
Wanrazanawi Wan Zakaria, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPKM dan Dr. Akma Ngah Hamid, Ketua Pengarah Veterinar Malaysia ke program lawatan tersebut.
Pada sebelah pagi, rombongan telah dibawa melawat kilang membuat serunding daging di Kota Bharu iaitu Serunding Daging Suzieyana, Kg. Langgar yang tidak asing oleh rakyat Negeri Kelantan dengan panggilan Warisan Serunding Salma. Sheepy Farm iaitu sebuah ladang penternakan kambing dan pembekal pelbagai produk ‘Frozen’ yang telah berjaya diusahakan oleh Encik Mohamad Farhan Bin Mat Yaacob berumur 30 tahun.
Menurut Pengerusi PUSPANITA, Hjh. Wan Mimi Azura, program ini merupakan salah satu cara untuk memupuk silaturahim di antara PUSPANITA Veterinar Malaysia dan dengan PUSPANITA Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Di dalam ucapan, beliau menyeru supaya ahli rombongan dapat mengambil manafaat dan ilmu yang dikongsikan oleh Encik Farhan untuk diadaptasikan di bahagian masing-masing.
Manakala, Dr. Akma pula menyatakan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia sentiasa memberi peluang dan khidmat nasihat kepada masyarakat dan usahawan muda untuk menjadikan bidang penternakan sebagai sumber ekonomi mereka. Ahli rombongan telah dibawa melawat ladang ternakan kambing pelbagai baka, kilang memproses daging kambing, pusat jualan kambing frozen dan pelbagai daging lembu serta produk laut.