ungu   biru   turkois      
enms
A- A A+

Berita Terkini

Arkib Berita

Tag SPLWK:
BACHOK: 16 Oktober 2023, Program Lawatan YBrs. Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah JPVNK ke ladang NAIMbif Mohd Zulkifli Bin Ali.
Turut hadir dalam lawatan tersebut Puan Siti Mardhiah binti Zakaria, Ketua Bahagian Regulatori, Cik Zaharani Asran binti Abdullah, Ketua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Bachok, Nurasmira binti Z Anuar, Ketua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Kota Bharu dan kakitangan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Bachok.

Tag SPLWK:
Pembangunan industri ekuin atau kuda merupakan salah satu industri yang berpotensi untuk dimajukan terutama di negeri Kelantan yang telah lama terkenal dengan pemeliharaan kuda samada baka Thoroughbred, Arab, kuda padi dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan pembangunan industri ini dapat dibangunkan secara lestari dan mampan pihak JPVNK telah membuat satu perbincangan awal dengan syarikat Bumi Agritech yang beroperasi di kawasan Peringat, jajahan Kota Bharu yang mana merupakan syarikat yang telah memulakan operasi "Horse Breeding Centre".
 
Pihak Syarikat Bumi Agritech diketuai oleh En Harun dan En Roslan telah membuat kunjungan kepada YBrs Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah dan Pegawai Veterinar YBrs Dr. Khairun Anisa bt Mat Yazid bersama beberapa pegawai JPVNK di pejabat Timbalan Pengarah JPVNK. Susulan daripada perjumpaan ini, JPVNK akan menyediakan pelan tindakan bagi merealisasikan pembangunan industri ekuin dan pembiakbakaan kuda di Negeri Kelantan.

Tag SPLWK:
KUBANG KERIAN: 12 Oktober 2023, Perjumpaan Timbalan Pengarah Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman dan Dr Ainin Syakirah dari Bahagian Kesihatan bersama Dr Mohammad Fazrul bin Mohammad Basir, Calon Doktor Kesihatan Awam Universiti Sains Malaysia (Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Bachok) yang sedang melanjutkan PhD di USM bertajuk Development and effectiveness of Rabies Health Education Module (RaHEM) for Dog Owners in Kelantan : A Randomized Control Trial.
DVS Kelantan memberi sokongan penuh kepada Dr Fazrul dan berhasrat mengadakan lebih banyak program bersama pihak JKN dan USM supaya dapat memberi lebih banyak manfaat kepada masyarakat.

Tag SPLWK:

Dalam pertemuan bersama YB Haji Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail, Exco Pertanian, Industry Agromakanan dan Komoditi semalam, kerajaan berhasrat menjadikan Kelantan sebagai hub halal utama negara khususnya dalam meningkatkan produktiviti dan pengeluaran sumber makanan halal melalui sektor penternakan. Bagi perancangan 2024, saya mengharapkan kebangkitan kumpulan kerja JPV dengan lebih hebat dan berimpak lebih cemerlang. Kekosongan perjawatan di beberapa posisi di jabatan ini diharapkan dapat diisi dengan segera bagi mewujudkan gelombang ternak yang lebih berdaya maju.

Perjumapaan Khas Bersama YB Exco Pertanian 2 
YB Exco Pertanian, Industry Agromakanan dan Komoditi juga mengucapkan tahniah dan syabas di atas kerja kuat DVS Kelantan. Rombongan 26 orang diketuai Tn Hj Mohd Ridzuan bin Sulaiman selaku Timbalan Pengarah bersama wakil-wakil pejabat Veterinar jajahan di seluruh Kelantan. Dato Shaari Mat Hussain N44 Paloh turut bersama dalam sesi ini.

Tag SPLWK:
KUBANG KERIAN: 10 Oktober 2023, Telah berlangsung Program Taklimat Pengurusan Sumber Manusia Bersama YBrs Pengarah Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Perkarangan Ibu Pejabat JPVNK. Program taklimat berkenaan telah disampaikan oleh YBrs. En. Hj Mohd Zaki bin Yusoff, Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan disertai seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JPVNK.
 
Program Taklimat PSM 2
 
Program Ini adalah hasrat YBrs. Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman selaku Timbalan Pengarah JPVNK bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain serta memberi pendedahan kepada semua akan kepentingan Pengurusan Sumber Manusia. Amanat yang disampaikan Oleh YBrs Pengarah Pengurusan Sumber Manusia menekankan teras utama dalam melaksanakan tugasan perlu memahami UMI (Ubudiyah, Masuliyah dan Itqan).

Kod Qr

dvs kel2

Kaunter Pelawat

Today178
Yesterday325
This week178
This month5794
Total121470

2024-11-18

Waktu Operasi

WAKTU OPERASI PEJABAT :
Ahad - Rabu : 8:00 AM - 5:00 PM
(Rehat 1:00 PM - 2:00 PM)

Khamis : 8:00 AM - 3:30 PM
(Rehat 1:00 - 2:00 PM)
------------------------------------------------
WAKTU OPERASI KLINIK :
Ahad - Rabu : 8:30 AM - 4:00 PM
(Rehat 12:00 PM - 2:30 PM)
Khamis : 8:30 AM - 12:00 PM

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : TUTUP

Penafian

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

Privacy Policy

© Copyright {2020} Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. All Rights Reserved.