ungu   biru   turkois      
enms
A- A A+

Berita Terkini

Arkib Berita

Tag SPLWK:

KOTA BHARU - 17 Jun 2020, Telah berlangsung satu Majlis Lawatan Kerja YB Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau & Alam Sekitar Kelantan bersama rombongan Ke Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.

YB Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail telah mempengerusikan mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan pada pagi ini yang bertempat di Bilik Mesyuarat Katjang, Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kubang Kerian. Mesyuarat ini berkenaan dengan projek pembangunan 2020 dan perbincangan projek yang telah berjalan.

Seterusnya, pembentangan cadangan rancangan pembangunan yang melibatkan 9 teras :
  1. Meningkat pengeluaran daging 2021-2025.
  2. Memantau dan mengawal perkembangan industri unggas.
  3. Meningkat dan mengawal mutu hasilan tenusu.
  4. Meningkatkan mutu ternakan.
  5. Meningkatkan pengeluaran makanan ternakan.
  6. Memantau perkembangan industri asas tani.
  7. Memberi maklumat dan pengetahuan kepada pelaksana dan pengesuha.
  8. Mencegah, mengawal dan membasmi penyakit
  9. Mengawalselia dan menguatkuasa undang-undang.
Turut serta, YB Cikgu Aziz, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri dan Encik Hilmi, wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri.
 

lawatan kerja exco pertanian ibupejabat 2020 1

lawatan kerja exco pertanian ibupejabat 2020 2

Tag SPLWK:

Telah berlangsung satu Majlis Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia ke DVS Kelantan pada 1 Mac 2020 (Ahad) di ibu pejabat DVS Kelantan, Kubang Kerian. Majlis tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. 

Antara aturcara yang berlangsung adalah bacaan Doa Pembukaan Majlis oleh YBrs. Tuan Haji Azmi bin Mahmud (Unit Unggas), ucapan alu-aluan oleh YBrs. Timbalan Pengarah 1 (Norazmi bin Berahim) dan YBhg. Dato' Dr. Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia (Dato' Dr. Quaza Nizamuddin bin Hassan Nizam). 

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Timbalan Pengarah 1 kepada YBhg. Dato' Dr. Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan.

Kod Qr

dvs kel2

Kaunter Pelawat

Today337
Yesterday325
This week337
This month5953
Total121629

2024-11-18

Waktu Operasi

WAKTU OPERASI PEJABAT :
Ahad - Rabu : 8:00 AM - 5:00 PM
(Rehat 1:00 PM - 2:00 PM)

Khamis : 8:00 AM - 3:30 PM
(Rehat 1:00 - 2:00 PM)
------------------------------------------------
WAKTU OPERASI KLINIK :
Ahad - Rabu : 8:30 AM - 4:00 PM
(Rehat 12:00 PM - 2:30 PM)
Khamis : 8:30 AM - 12:00 PM

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : TUTUP

Penafian

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

Privacy Policy

© Copyright {2020} Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. All Rights Reserved.