Kursus Etika Kerja Cemerlang 2020
- Super User
- Arkib Berita
- Tag SPLWK:
Kota Bharu - Kursus Etika Kerja Cemerlang bagi tahun 2020 telah diadakan pada 18 November 2020 di Dewan Putri Sa'adong 1, Hotel Grand Riverview. Kursus tersebut dihadiri oleh 31 orang peserta dari kalangan kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan. Penceramah kursus dijemput pegawai dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Puan Norhayati binti Mohamad.
Kursus Pengurusan Makanan, Rekod dan Kesedaran Penggunaan Antibiotik Kepada Penternak Tenusu 2020
- Super User
- Arkib Berita
- Tag SPLWK:
Kota Bharu - Satu kursus berkaitan tenusu iaitu 'Kursus Pengurusan Makanan, Rekod dan Kesedaran Penggunaan Antibiotik Kepada Penternak Tenusu bagi tahun 2020 telah diadakan di Hotel H Elite Design pada 17 November 2020. Kursus tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK) bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Seramai 31 orang peserta dari kalangan penternak lembu tenusu, kambing tenusu dan pelajar universiti UMK, telah mengikuti kursus tersebut.
Majlis Persaraan Kakitangan DVS Kelantan Tahun 2020 dan Perpisahan Timbalan Pengarah Kesihatan Veterinar
- Super User
- Arkib Berita
- Tag SPLWK:
KOTA BHARU - Majlis Persaraan Kakitangan DVS Kelantan Tahun 2020 dan Perpisahan Timbalan Pengarah (Kesihatan), Dr. Julaida binti Sulaiman yang diadakan di ibu pejabat DVS Kelantan pada 28 Oktober 2020 (Rabu)
- Tag SPLWK:
KOTA BHARU - 21 Oktober 2020, Telah berlangsung Kursus Amalan Kualiti dan Kebersihan Susu di Ladang Ternakan Tenusu anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Seramai 30 orang peserta dari pelbagai daerah dalam negeri Kelantan telah melibatkan diri dalam kursus tersebut. Kebanyakan mereka adalah pengusaha ladang dan penternak lembu tenusu.
Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, bertempat di Hotel Grand River View, Kota Bharu Kelantan.
- Tag SPLWK:
KETEREH - 20 Oktober 2020, Yang Berhormat Haji Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail bersama Yang Berhormat Dato' Sr Haji Azami mengiringi Yang Berhormat Dato Haji Che Abdullah Bin Md Nawi Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan ke Ketereh, Kelantan.
YB Timbalan Menteri membuat lawatan tapak penternakan arnab dan diskusi di dua lokasi berbeza iaitu di Koperasi Penternakan Arnab Kelantan(KOPETAK) di Ketereh dan Persatuan Penternak Arnab Pedaging Kelantan(APeK) di Kampung Buluh Poh, Ketereh.