- Tag SPLWK:
22 SEPTEMBER 2020/SELASA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sebagai penghargaan kepada Timbalan Pengarah 1, YABrs. Tn Hj Norazmi Bin Berahim yang telah bersara pada 17 September 2020. Seluruh warga DVS Negeri Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala khidmat bakti, sokongan dan bantuan yang telah berikan kepada kerajaan dan negara.
- Tag SPLWK:
DVS Kelantan telah mengadakan Kursus Perolehan Kerajaan Sebutharga / Tender bagi tahun 2020 di Dewan Kaloi, Hotel Ridel, Kota Bharu pada 8 September 2020 (Selasa). Kursus tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed, Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN). Seramai 35 orang peserta daripada kakitangan DVS Kelantan telah mengikuti kursus tersebut.
Kursus Asas Ternakan Ayam 2020
- Super User
- Arkib Berita
- Tag SPLWK:
MACHANG - 11 Ogos 2020 (Selasa); Telah berlangsung Kursus Asas Ternakan Ayam bagi tahun 2020 di KTS (Kawasan Tumpuan Sasaran) Machang. Kursus tersebut telah disertai oleh lebih 30 orang peserta dari kalangan penternak dan orang awam. Selain kaedah pengurusan penternakan ayam dan kesihatan, kursus tersebut juga menyentuh mengenai Program Agropreneur Muda dan kelebihan serta cara membuat EM (Effective Microorganisms).
Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri (II), Kementerian Pertanian & Industri Makanan
- Super User
- Arkib Berita
- Tag SPLWK:
Kota Bharu - 9 Ogos 2020; Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri (II), Kementerian Pertanian & Industri Makanan, Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi ke Selinak Farm, Sabak, Pengkalan Chepa