Telah berlangsung satu Majlis Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia ke DVS Kelantan pada 1 Mac 2020 (Ahad) di ibu pejabat DVS Kelantan, Kubang Kerian. Majlis tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
Antara aturcara yang berlangsung adalah bacaan Doa Pembukaan Majlis oleh YBrs. Tuan Haji Azmi bin Mahmud (Unit Unggas), ucapan alu-aluan oleh YBrs. Timbalan Pengarah 1 (Norazmi bin Berahim) dan YBhg. Dato' Dr. Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia (Dato' Dr. Quaza Nizamuddin bin Hassan Nizam).
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Timbalan Pengarah 1 kepada YBhg. Dato' Dr. Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan.