KOTA BHARU - 17 Jun 2020, Telah berlangsung satu Majlis Lawatan Kerja YB Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau & Alam Sekitar Kelantan bersama rombongan Ke Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.
YB Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail telah mempengerusikan mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan pada pagi ini yang bertempat di Bilik Mesyuarat Katjang, Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kubang Kerian. Mesyuarat ini berkenaan dengan projek pembangunan 2020 dan perbincangan projek yang telah berjalan.
- Meningkat pengeluaran daging 2021-2025.
- Memantau dan mengawal perkembangan industri unggas.
- Meningkat dan mengawal mutu hasilan tenusu.
- Meningkatkan mutu ternakan.
- Meningkatkan pengeluaran makanan ternakan.
- Memantau perkembangan industri asas tani.
- Memberi maklumat dan pengetahuan kepada pelaksana dan pengesuha.
- Mencegah, mengawal dan membasmi penyakit
- Mengawalselia dan menguatkuasa undang-undang.