22 SEPTEMBER 2020/SELASA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sebagai penghargaan kepada Timbalan Pengarah 1, YABrs. Tn Hj Norazmi Bin Berahim yang telah bersara pada 17 September 2020. Seluruh warga DVS Negeri Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala khidmat bakti, sokongan dan bantuan yang telah berikan kepada kerajaan dan negara.