DVS Kelantan telah mengadakan Kursus Perolehan Kerajaan Sebutharga / Tender bagi tahun 2020 di Dewan Kaloi, Hotel Ridel, Kota Bharu pada 8 September 2020 (Selasa). Kursus tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed, Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN). Seramai 35 orang peserta daripada kakitangan DVS Kelantan telah mengikuti kursus tersebut.