KOTA BHARU - 21 Oktober 2020, Telah berlangsung Kursus Amalan Kualiti dan Kebersihan Susu di Ladang Ternakan Tenusu anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Seramai 30 orang peserta dari pelbagai daerah dalam negeri Kelantan telah melibatkan diri dalam kursus tersebut. Kebanyakan mereka adalah pengusaha ladang dan penternak lembu tenusu.
Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, bertempat di Hotel Grand River View, Kota Bharu Kelantan.