Kota Bharu - Kursus Etika Kerja Cemerlang bagi tahun 2020 telah diadakan pada 18 November 2020 di Dewan Putri Sa'adong 1, Hotel Grand Riverview. Kursus tersebut dihadiri oleh 31 orang peserta dari kalangan kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan. Penceramah kursus dijemput pegawai dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Puan Norhayati binti Mohamad.