Telah berlangsung satu program Lawatan Kerja YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar bersama YB Hilmi Abdullah ADUN Guchil Ke Ladang Sawit milik En Mohamed Anuar Othman dan En Low Dong Chuan. Ternakan yang diusahakan oleh usahawan muda ini melebih 1000 ekor lembu pelbagai spesis, kerbau dan kambing. Hasil yang lumayan dan sistem yang ekonomik apabila diusahakan bersama dalam kawasan ladang.
Semoga perkembangan ini memberi hasil yang berimpak besar terhadap sektor pertanian dan juga ekonomi di negeri serambi mekah ini.