Dalam pertemuan bersama YB Haji Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail, Exco Pertanian, Industry Agromakanan dan Komoditi semalam, kerajaan berhasrat menjadikan Kelantan sebagai hub halal utama negara khususnya dalam meningkatkan produktiviti dan pengeluaran sumber makanan halal melalui sektor penternakan. Bagi perancangan 2024, saya mengharapkan kebangkitan kumpulan kerja JPV dengan lebih hebat dan berimpak lebih cemerlang. Kekosongan perjawatan di beberapa posisi di jabatan ini diharapkan dapat diisi dengan segera bagi mewujudkan gelombang ternak yang lebih berdaya maju.
YB Exco Pertanian, Industry Agromakanan dan Komoditi juga mengucapkan tahniah dan syabas di atas kerja kuat DVS Kelantan. Rombongan 26 orang diketuai Tn Hj Mohd Ridzuan bin Sulaiman selaku Timbalan Pengarah bersama wakil-wakil pejabat Veterinar jajahan di seluruh Kelantan. Dato Shaari Mat Hussain N44 Paloh turut bersama dalam sesi ini.