KUBANG KERIAN: 10 Oktober 2023, Telah berlangsung Program Taklimat Pengurusan Sumber Manusia Bersama YBrs Pengarah Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Perkarangan Ibu Pejabat JPVNK. Program taklimat berkenaan telah disampaikan oleh YBrs. En. Hj Mohd Zaki bin Yusoff, Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan disertai seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JPVNK.
Program Ini adalah hasrat YBrs. Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman selaku Timbalan Pengarah JPVNK bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain serta memberi pendedahan kepada semua akan kepentingan Pengurusan Sumber Manusia. Amanat yang disampaikan Oleh YBrs Pengarah Pengurusan Sumber Manusia menekankan teras utama dalam melaksanakan tugasan perlu memahami UMI (Ubudiyah, Masuliyah dan Itqan).