ungu   biru   turkois      
enms
A- A A+

Berita Terkini

Arkib Berita

Tag SPLWK:
KUBANG KERIAN: 25 Januari 2024, telah berlangsung Mesyuarat Agung PUSPANITA Bahagian Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan Kali Ke 9 Tahun 2024.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu PUSPANITA dan seterusnya ucapan aluan oleh pengerusi PUSPANITA Puan Hajah Wan Mimi Azura binti Wan Abdullah dan telah dirasmikan oleh penasihat PUSPANITA YBrs Tuan Hj Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah JPVNK.
 
Mesyuarat Agung PUSPANITA JPVNK 2024 2 resize
 
Seramai 55 orang ahli PUSPANITA telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ahli dan AJK yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

Tag SPLWK:

Telah berlangsung di perkarangan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Bachok Majlis Pengagihan lembu pawah peringkat Dun di Jajahan Bachok. Bagi dun Jelawat majlis penyerahan dilakukan oleh YB Loyar Zameri bin Mat Nawang, ADUN Jelawat dan YB Ustaz Harun Bin Ismail bagu Dun Tawang. Majlis turut dihadiri Cik Zaharani Asran binti Abdullah, Pegawai Perkhidmatan Veterinar Jajahan Bachok dan En Zulhusni Mohd Nasir. Semoga dengan Insentif Kerajaan Negeri ini Bachok kekal mengungguli carta sebagai pengeluar lembu sado terbanyak bagi Jajahan di Negeri Kelantan.

Tag SPLWK:

KOTA BHARU: 9 Januari 2024, telah berlangsung satu Taklimat Mengenai Banjir di Kelantan kepada YB Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di Bilik Mesyuarat RTC FAMA Kelantan dan Majlis Sentuhan Agro Madani Negeri Kelantan di Dewan Serai Wangi RTC FAMA Kelantan.

Majlis Sentuhan Agro Madani Negeri Kelantan Taklimat Bencana Banjir 2

Turut hadir dalam program tersebut Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah JPVNK.

Tag SPLWK:

Ahad 7 Januari 2024 - Perbincangan antara Bahagian Kesihatan Veterinar Negeri Kelantan bersama pihak PERHILITAN mengenai persampelan bagi menjayakan Program Survelan Penyakit Haiwan Kebangsaan 2024 telah berlangsung. Program persampelan sepanjang tahun telah dirangka bagi spesis Babi Hutan, Burung Hijrah dan Burung Liar. Program ini bertujuan bagi mengetahui status terkini penyakit-penyakit pada haiwan tersebut yang boleh membawa mudarat kepada kesihatan awam. Kerjasama dan hubungan baik ini diharap kekal berterusan demi menjamin kesejahteraan masyarakat awam di Malaysia.

Tag SPLWK:

Kota Bharu - 8 Januari 2024


Kunjungan Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke Kelgyu Farm Sdn Bhd, Bachok Kelantan disambut meriah oleh DVS Kelantan dan Kelgyu Farm. Kunjungan berkenaan juga turut dihadiri Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Penilaian Veterinar iaitu Dr Mohd Noor Hisham Bin Mohd Haron dan Timbalan Pengarah DVS Kelantan Tn Hj Mohd Ridzuan, diiringi Pegawai- Pegawai DVS Kelantan.
Memetik dari ucapan Datuk Seri Mohamad Bin Sabu, Malaysia bakal mempunyai pelaburan pengeluaran daging wagyu yang baik jika diusahakan secara intensif dan Jajahan Bachok merupakan perintis ladang ternakan lembu wagyu.

Kunjungan Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke Kelgyu Farm Sdn Bhd 2
Kekuatan sinergi antara DVS Kelantan dan penternak seharusnya diteruskan dan ditambahbaik demi menjana kelestarian dunia penternakan di masa hadapan khususnya di Negeri kelantan dan Malaysia.

Kod Qr

dvs kel2

Kaunter Pelawat

Today184
Yesterday325
This week184
This month5800
Total121476

2024-11-18

Waktu Operasi

WAKTU OPERASI PEJABAT :
Ahad - Rabu : 8:00 AM - 5:00 PM
(Rehat 1:00 PM - 2:00 PM)

Khamis : 8:00 AM - 3:30 PM
(Rehat 1:00 - 2:00 PM)
------------------------------------------------
WAKTU OPERASI KLINIK :
Ahad - Rabu : 8:30 AM - 4:00 PM
(Rehat 12:00 PM - 2:30 PM)
Khamis : 8:30 AM - 12:00 PM

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : TUTUP

Penafian

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

Privacy Policy

© Copyright {2020} Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. All Rights Reserved.