Kota Bharu - 8 Januari 2024
Kunjungan Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke Kelgyu Farm Sdn Bhd, Bachok Kelantan disambut meriah oleh DVS Kelantan dan Kelgyu Farm. Kunjungan berkenaan juga turut dihadiri Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Penilaian Veterinar iaitu Dr Mohd Noor Hisham Bin Mohd Haron dan Timbalan Pengarah DVS Kelantan Tn Hj Mohd Ridzuan, diiringi Pegawai- Pegawai DVS Kelantan.
Memetik dari ucapan Datuk Seri Mohamad Bin Sabu, Malaysia bakal mempunyai pelaburan pengeluaran daging wagyu yang baik jika diusahakan secara intensif dan Jajahan Bachok merupakan perintis ladang ternakan lembu wagyu.
Kekuatan sinergi antara DVS Kelantan dan penternak seharusnya diteruskan dan ditambahbaik demi menjana kelestarian dunia penternakan di masa hadapan khususnya di Negeri kelantan dan Malaysia.