Ahad 7 Januari 2024 - Perbincangan antara Bahagian Kesihatan Veterinar Negeri Kelantan bersama pihak PERHILITAN mengenai persampelan bagi menjayakan Program Survelan Penyakit Haiwan Kebangsaan 2024 telah berlangsung. Program persampelan sepanjang tahun telah dirangka bagi spesis Babi Hutan, Burung Hijrah dan Burung Liar. Program ini bertujuan bagi mengetahui status terkini penyakit-penyakit pada haiwan tersebut yang boleh membawa mudarat kepada kesihatan awam. Kerjasama dan hubungan baik ini diharap kekal berterusan demi menjamin kesejahteraan masyarakat awam di Malaysia.
Perbincangan antara Bahagian Kesihatan Veterinar Negeri Kelantan bersama pihak PERHILITAN
- Super User
- Arkib Berita
- Tag SPLWK: