ungu   biru   turkois      
enms
A- A A+

Berita Terkini

Arkib Berita

Tag SPLWK:
7 dan 8 Februari 2024 - Lawatan dan kunjungan Pegawai Veterinar dari Seksyen Ruminan, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan Putrajaya ke kawasan tanah rizab haiwan negeri Kelantan. Lawatan ini turut disertai oleh Pegawai Veterinar jajahan dan juga penternak-penternak setempat. Lawatan ini adalah untuk melihat pemasalahan dan pembangunan tanah rizab haiwan yang dimajukan untuk industri penternakan
 
Lawatan dan Kunjungan Pegawai Veterinar dari Seksyen Ruminan BPIT Putrajaya 2 resize
 

Tag SPLWK:
30 Januari 2024, Taklimat Bantuan Geran Agropreneur Muda YB ADUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas; Tuan Haji Nasrif bin Haji Daud mengambil satu inisiatif dalam menjadi salah satu medium memperkenalkan bantuan yang tidak asing lagi daripada Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan iaitu Bantuan Geran Agropreneur Muda. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai daripada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Kota Bharu, Nurasmira binti Z Anuar di hadiri oleh Penghulu-penghulu Mukim Jajahan Pasir Mas.
 
Matlamat perjumpaan dan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada Penghulu Mukim dan seterusnya mencari perintis pemain ternakan bagi menggalakkan golongan belia terutamanya untuk lebih berminat menceburi bidang ternakan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan pada masa akan datang.
 
Taklimat Bantuan Geran Agropreneur Muda
 

Tag SPLWK:
Mesyuarat Agung KESUVEK Kali Ke 4 Bagi Penggal 2024-2025 telah berlangsung pada hari ini, 25 januari 2024 bertempat di Dewan Sri Gemilang SMK Kubang Kerian 2 yang dipengerusikan oleh YBrs Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah JPVNK. Dihadiri oleh pegawai dan kakitangan ibu pejabat Kubang Kerian, PPVJ, Makmal Zon Timur, Penguatkuasa Veterinar Negeri, Abatoir dan juga VeTEC. Seramai lebih 100 orang ahli telah menghadiri mesyuarat tersebut.
 
Mesyuarat Agung KESUVEK Kali Ke 4 13
 
 
Mesyuarat agung berlangsung dengan lancar dengan usul-usul bertulis dan usul lisan telah diutarakan di dalam mesyuarat berkenaan. Jawatankuasa bagi penggal 2022-2023 telah dibubarkan dan jawatankuasa baru bagi penggal 2024-2025 yang telah dilantik untuk menerajui pertubuhan kelab ini. Semoga dengan jawatankuasa baru yang diterajui oleh pucuk pimpinan yang hebat, YBrs Tuan Hj Mohd Ridzuan bin Sulaiman akan memantapkan dan mengoptimumkan sistem pengurusan kelab KESUVEK ini ke arah yang lebih efektif kepada semua ahli.

Kod Qr

dvs kel2

Kaunter Pelawat

Today182
Yesterday325
This week182
This month5798
Total121474

2024-11-18

Waktu Operasi

WAKTU OPERASI PEJABAT :
Ahad - Rabu : 8:00 AM - 5:00 PM
(Rehat 1:00 PM - 2:00 PM)

Khamis : 8:00 AM - 3:30 PM
(Rehat 1:00 - 2:00 PM)
------------------------------------------------
WAKTU OPERASI KLINIK :
Ahad - Rabu : 8:30 AM - 4:00 PM
(Rehat 12:00 PM - 2:30 PM)
Khamis : 8:30 AM - 12:00 PM

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : TUTUP

Penafian

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

Privacy Policy

© Copyright {2020} Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. All Rights Reserved.