KOTA BHARU - Majlis Pelancaran EKSA Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah diadakan di H Elite Hotel, Tunjong pada 5 Disember 2022 bersamaan 10 Jamadil Awal 1444H. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dr. Syarifah Asiah binti Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan pada pukul 2.30 petang.
Penyampaian hadiah juga turut disampaikan kepada pemenang pertandingan reka bentuk logo EKSA Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan iaitu Puan Siti Nurhanis binti Mohd Sariff. Keperluan yang perlu dilakukan oleh jabatan bagi mendapatkan pensijilan pengiktirafan EKSA turut dibincangkan dalam majlis tersebut.