30 Januari 2024, Taklimat Bantuan Geran Agropreneur Muda YB ADUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas; Tuan Haji Nasrif bin Haji Daud mengambil satu inisiatif dalam menjadi salah satu medium memperkenalkan bantuan yang tidak asing lagi daripada Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan iaitu Bantuan Geran Agropreneur Muda. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai daripada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Kota Bharu, Nurasmira binti Z Anuar di hadiri oleh Penghulu-penghulu Mukim Jajahan Pasir Mas.
Matlamat perjumpaan dan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada Penghulu Mukim dan seterusnya mencari perintis pemain ternakan bagi menggalakkan golongan belia terutamanya untuk lebih berminat menceburi bidang ternakan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan pada masa akan datang.