KUBANG KERIAN: 5 Oktober 2023, Program Ceramah Kesedaran Gangguan Seksual di Tempat Kerja telah dianjurkan oleh JVPVNK bersama Puspanita Bahagian JPVNK pada hari ini di Ibu Pejabat JPVNK. Program ini diadakan khas untuk memberi pendedahan kepada gangguan seksual di tempat kerja, kesan dan langkah yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa.
Turut hadir dalam program tersebut Penasihat Program YBrs Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Pengarah Program YBrs Puan Hajjah Wan Mimi Azura binti Wan Abdullah, Pengerusi Puspanita JPVNK, JK Puspanita Bahagian JPVNK dan Penceramah bagi program tersebut YBrs Puan Nor Aziyawati binti Abdul Aziz JK Tugas-tugas Khas Puspanita Bahagian JPVNK.
Program ini juga memberi peluang kepada pegawai dan kakitangan termasuk isteri pegawai dan kakitangan JPVNK untuk mendaftar sebagai ahli dan menyemak status keahlian. Sekaligus mengerakkan ukhuwah antara satu sama lain yang akan menjadi pemangkin kepada kekuatan Puspanita Bahagian JPVNK. Lebihi 70 orang ahli dari pelbagai jabatan di bawah JPVNK yang hadir ke program ini.