KOTA BHARU: 26-27 September 2023, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah menganjurkan satu Bengkel Penghasilan Kertas Kerja Projek Ternakan di Ibis Style Hotel. Seramai 42 orang peserta dari kalangan kakitangan JPVNK telah menyertai bengkel tersebut dengan jayanya.
Bengkel tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Hj Zailani bin Hj Hussin dan seterusnya dirasmikan oleh YBrs Tn Hj Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah (Pengurusan), JPV Negeri Kelantan. Bengkel diteruskan dengan Ceramah Teori oleh En Abd Halim bin Mohamed bersama Hj Zailani bin Hj Hussin; Bengkel diteruskan dengan latihamal secara kumpulan oleh semua peserta yang hadir.
Tujuan bengkel diadakan untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada kakitangan mengenai penghasilan kertas kerja projek ternakan yang lengkap kepada penternakan.