SEMINAR PENAMBAHBAIKAN SOP PEMINDAHAN TERNAKAN DAN KARKAS ANTARA NEGERI DAN DALAM NEGERI
TARIKH : 21.11.2023 (SELASA)
MASA : 8.00 PAGI - 1.00 PTG
TEMPAT : HOTEL GRAND RENAI KOTA BHARU
Seminar SOP Pemindahan Ternakan dan Karkas ini diadakan untuk memberi pendedahan dan makluman kepada Pegawai-pegawai Perkhidmatan Veterinar di jajahan dan pengusaha ternakan di Negeri Kelantan Berkenaan SOP baru yang akan dikuatkuasa bermula 1.12.2023.
Seminar ini di hadiri oleh 60 orang pengusaha ternakan di Negeri Kelantan dan 40 orang Pegawai Perkhidmatan Veterinar di Ibu Pejabat dan Jajahan.
Seminar dijalankan secara 2 sesi iaitu sesi pertama Ceramah Penguatkuasaan Undang-undang oleh Pegawai Pegutkuasa Veterinar Negeri Kelantan dan Ceramah SOP Pemindahan Ternakan dan Karkas oleh Pegawai Veterinar di Bahagian Kesihatan Veterinar DVS Kelantan. Sesi kedua diadakan sesi soal jawab bersama pegawai-pegawai veterinar di Seksyen Kawalan Penyakit dan Zoonotik, DVS Malaysia, Pegawai Veterinar dan Pegawai Penguatkuasa Veterinar DVS Kelantan. Majlis penutup diakhiri dengan ucapan penutup oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah JPVNK.