Skip to main content
faq

Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

09 November, 2026

HARI BERTEMU PELANGGAN PPV JELI, DEKATI KOMUNITI DAN TINGKATKAN KESEDARAN PERKHIDMATAN VETERINAR

09 November, 2026
 
JELI, 28 Oktober 2026 (Rabu) – Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan (PPVJ) Jeli telah mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan yang berlangsung di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Jeli.
Program ini melibatkan pembukaan kaunter khidmat penerangan kepada orang awam berkaitan Enakmen Pendaftaran Ternakan Ruminan Negeri Kelantan 2024 (EPTR), di samping memberikan maklumat mengenai peranan dan fungsi Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
 
Program turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah kepada para peserta sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan penyertaan komuniti. Selain itu, sebanyak 33 ekor kucing turut dibuat pemandulan, terdiri daripada 12 ekor kucing betina dan 21 ekor kucing jantan.Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha jabatan untuk mendekati masyarakat, memperkukuh penyampaian maklumat serta meningkatkan kefahaman orang awam terhadap perkhidmatan dan tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

SEO-KELANTAN

CDO