Skip to main content
faq

Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

Soalan Lazim (FAQ)

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan

Ketahui maklumat berkaitan perkhidmatan, urusan penternakan dan kesihatan haiwan.

🐄 Pendaftaran & Penternakan
Pendaftaran ternakan boleh dibuat melalui saluran yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Penternak boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan.
e-Ternak merupakan sistem dalam talian yang disediakan bagi urusan berkaitan pendaftaran ternakan di Negeri Kelantan.

Layari: https://eternak.kelantan.gov.my
Keperluan dokumen bergantung kepada jenis permohonan dan kategori ternakan. Sila rujuk Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan untuk senarai dokumen terkini.
Enakmen Pendaftaran Ternakan Ruminan Negeri Kelantan 2024 (EPTR) merupakan perundangan berkaitan pendaftaran ternakan ruminan di Negeri Kelantan yang menggantikan Enakmen Lembu Kerbau 1968.
📋 Permit & Pergerakan Ternakan
Permohonan permit pemindahan ternakan hendaklah dibuat melalui Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang berkaitan mengikut prosedur dan syarat semasa yang ditetapkan oleh Jabatan.
Keperluan pengenalan ternakan tertakluk kepada jenis ternakan dan peraturan yang berkuat kuasa. Sila dapatkan pengesahan daripada pihak Jabatan.
🐓 Kesihatan & Kebajikan Haiwan
Orang awam boleh menghubungi atau hadir ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan rawatan veterinar.
Penternak hendaklah menghubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan dengan segera untuk mendapatkan nasihat dan tindakan pemeriksaan lanjut. Elakkan memindahkan ternakan yang disyaki berpenyakit.
Laporan boleh dibuat kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan atau Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Berikan maklumat lokasi, jenis ternakan dan tanda-tanda penyakit yang diperhatikan.
🏢 Perkhidmatan & Pertanyaan
Jabatan mempunyai rangkaian pejabat perkhidmatan veterinar di jajahan-jajahan Negeri Kelantan. Orang awam boleh merujuk direktori pejabat di laman web rasmi Jabatan.
Aduan dan pertanyaan boleh disalurkan melalui saluran rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan atau hadir ke pejabat yang berdekatan.
Tiada soalan yang sepadan dengan carian anda.

SEO-KELANTAN

CDO