02 July, 2026
Mesyuarat Penyelaras Pengurusan dan Penggunaan Ubat-ubatan Serta Peralatan Klinik
02 July, 2026
2 Julai 2026 | Khamis - Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras pengurusan dan penggunaan ubat-ubatan serta peralatan klinik di samping menyeragamkan prosedur kerja klinik dan lapangan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan veterinar yang lebih cekap, sistematik dan berkesan. Melalui mesyuarat ini, pelbagai isu berkaitan operasi klinik, pengurusan aset serta penambahbaikan prosedur kerja telah dibincangkan bagi memperkukuhkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dan industri penternakan.