Skip to main content
Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

02 July, 2026

‘VET : Fit And Fabulous’ 2026

02 July, 2026
Kota Bharu, 1 Julai 2026 I Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK) dengan kerjasama Wellness Hub Kelantan telah mengadakan Program ‘VET : Fit And Fabulous’ 2026 bertempat di Wellness Hub Kelantan. Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga JPVNK melalui pemantauan kesihatan dan aktiviti pengurusan berat badan secara sistematik.
 
Sepanjang program berlangsung, peserta telah diberikan taklimat mengenai pelaksanaan program oleh pihak Wellness Hub Kelantan. Selain itu, peserta turut menjalani beberapa saringan kesihatan termasuk pemeriksaan tekanan darah, ujian Rapid Blood Glucose serta Body Composition Analyzer Test bagi menilai tahap kesihatan dan kelayakan penyertaan.
Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga jabatan terhadap kepentingan menjaga kesihatan, seterusnya membudayakan amalan hidup sihat dalam kehidupan seharian.

SEO-KELANTAN