02 July, 2026
Kursus Pemakanan Ternakan dan Penghasilan Effective Microorganism (EM)
02 July, 2026
Pasir Mas, 30 Jun 2026 I Bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang pemakanan ternakan dan teknologi EM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK) telah mengadakan Kursus Pemakanan Ternakan dan Penghasilan Effective Microorganism (EM) di Pusat Agropelancongan Rusa Rong Chenok, Pasir Mas. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek pemakanan ternakan yang baik serta kaedah penghasilan Effective Microorganism (EM) sebagai salah satu alternatif dalam pengurusan ternakan yang lebih berkesan dan mesra alam.
Taklimat pemakanan ternakan telah disampaikan oleh Encik Muhamad Nasrusyakirin bin Juhan, manakala sesi berkaitan penghasilan Effective Microorganism (EM) telah disampaikan oleh Encik Baharuddin bin Omar. Selain sesi taklimat, peserta turut mengikuti amali penghasilan Effective Microorganism (EM) bagi memberi kefahaman yang lebih jelas berkaitan kaedah penyediaan dan penggunaannya di peringkat ladang.
Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pemakanan ternakan serta menggalakkan penggunaan teknologi EM bagi meningkatkan produktiviti dan pengurusan ternakan yang lebih mampan.