Skip to main content
Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

20 April, 2026

Program Kursus Pemantapan Pegawai Pengembangan Veterinar Siri 2

20 April, 2026
KOTA BHARU, 9 April – Program Kursus Pemantapan Pegawai Pengembangan Veterinar Siri 2 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Ibis, menghimpunkan pegawai-pegawai pengembangan veterinar dari seluruh negeri bagi memperkukuh kemahiran dan perkongsian amalan terbaik dalam industri ternakan.
Dalam program ini, penekanan diberikan terhadap kepentingan peranan pegawai pengembangan sebagai pemangkin kepada peningkatan produktiviti dan daya saing sektor penternakan.
 
Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan pelbagai slot termasuk penerangan kriteria pemarkahan program pengembangan veterinar, pembentangan kisah kejayaan, laporan dokumentasi, serta perkongsian bahan multimedia dan poster berkaitan aktiviti lapangan. Selain itu, peserta turut terlibat dalam sesi perbincangan berkumpulan yang memberi fokus kepada analisa margin kasar penternak serta penambahbaikan fail pegawai dan rekod penternakan. Program ini turut menyediakan ruang interaksi bersama mentor daripada VetEC Timur Laut serta fasilitator daripada Bahagian bagi meningkatkan kefahaman serta keupayaan pelaksanaan di peringkat lapangan.
 
Sebagai penutup, sesi ulasan turut diadakan bagi menilai pencapaian dan memberi input penambahbaikan, sekali gus memperkukuh komitmen semua pihak dalam memperkasakan perkhidmatan pengembangan veterinar di negeri ini.

SEO-KELANTAN