20 April, 2026
Program Promosi Produk Usahawan dan Penyampaian Pensijilan Burung Walet Peringkat Negeri
20 April, 2026
KOTA BHARU, 13 April 2026 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Veterinar Kelantan (KESUVEK) telah menganjurkan Program Promosi Produk Usahawan dan Penyampaian Pensijilan Burung Walet peringkat negeri yang berlangsung di perkarangan ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Kubang Kerian.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Dr Siti Noorbaimun binti Othman, Ketua Bahagian Pembangunan Industri Ternakan JPVNK. Seterusnya, program dirasmikan oleh Dr Yahasmida Binti Yaacob, Pengarah JPVNK dan diikuti dengan penyampaian pensijilan myGAP bagi sektor ternakan burung walet.