Skip to main content
Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

14 April, 2026

Kerjasama Projek Pembangunan KK Elit MARDI–DVS Kelantan

14 April, 2026
14 April 2026 - Kerjasama Projek Pembangunan KK Elit MARDI–DVS Kelantan. Mesyuarat antara MARDI dan DVS Kelantan bagi projek kerjasama Pembangunan KK Elit MARDI–DVS Kelantan telah dimulakan dengan lawatan ke Ladang Rong Chenok bagi meninjau pengurusan serta perkembangan ternakan Lembu Kedah Kelantan (KK). Seterusnya, perbincangan diteruskan dalam mesyuarat yang memberi fokus kepada hala tuju pelaksanaan projek, penggandaan baka elit serta penggunaan teknologi moden dalam penternakan.
 
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengarah MARDI Kelantan, Timbalan Pengarah serta pegawai-pegawai MARDI dari Serdang dan Kemaman. Antara objektif utama projek ini adalah untuk mewujudkan pusat penggandaan baka KK elit yang disahkan oleh MARDI, membekalkan ternakan berkualiti tinggi kepada penternak tempatan serta melaksanakan pemindahan teknologi pengurusan ternakan moden kepada DVS Kelantan. Kerjasama ini diharap dapat memperkukuh pembangunan baka KK serta meningkatkan produktiviti industri ternakan tempatan.

SEO-KELANTAN