Skip to main content
Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

13 December, 2025

Majlis Perasmian Pertandingan Memancing Ikan Toman

13 December, 2025
Jeli, Kelantan – Majlis Perasmian Pertandingan Memancing Ikan Toman Piala Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan telah berlangsung dengan lancar di Taman Perlindungan Ekosistem Sultan Ismail Petra (TPESIP), Tasik Pergau.
 
Pertandingan ini berjaya menghimpunkan seramai 350 orang pemancing dari pelbagai negeri serta penyertaan antarabangsa dari Singapura, sekali gus menyerlahkan potensi Tasik Pergau sebagai destinasi eko-pelancongan dan rekreasi utama di Negeri Kelantan. Seramai lima orang pemenang telah dipilih, dengan juara membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK), Dr. Yahasmida binti Yaacob. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang, peserta serta pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan program tersebut.