09 September, 2025
Mesyuarat Sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan Bilangan 4/2025
09 September, 2025
Kota Bharu, 8 Sept – Mesyuarat Sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan Bilangan 4/2025 telah diadakan di Bilik Katjang, Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK), Dr. Yahasmida binti Yaacob, dan membincangkan persiapan serta pelaksanaan program sambutan yang bakal dilaksanakan di peringkat kebangsaan.