Skip to main content
Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

01 July, 2025

SESI LIBAT URUS PENTERNAK KAMBING TENUSU PERKUKUH INDUSTRI SUSU KAMBING NEGERI KELANTAN

01 July, 2025
 
Ketereh, 1 Julai 2025 – Sesi Libat Urus bersama Penternak Kambing Tenusu Negeri Kelantan 2025 telah diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Ketereh hari ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ustaz Hj. Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan. Turut hadir dalam program tersebut Dr. Yahasmida binti Yaacob, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, wakil East Coast Economic Region Development Council (ECERDC), Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN), serta Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd.
 
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kerjasama strategik antara pihak kerajaan negeri, agensi berkaitan dan penternak bagi memperkukuh industri tenusu kambing di Kelantan, seiring usaha memperluas potensi ekonomi penternak serta meningkatkan pengeluaran susu kambing berkualiti tinggi di pasaran tempatan.
Sesi turut diisi dengan lawatan tapak ke Pusat Pengumpulan & Pemprosesan Susu Kambing Ketereh.