06 July, 2025
PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1427H PERINGKAT JPV NEGERI KELANTAN
06 July, 2025
KOTA BHARU, 6 Julai 2025 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK) telah mengadakan Program Sambutan Maal Hijrah 1427H peringkat jabatan bertempat di perkarangan Ibu Pejabat JPVNK, Kubang Kerian. Program dimulakan dengan solat hajat berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Kashuadi bin Abd Ghani, Penolong Pegawai Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) di Surau Lelaki JPVNK.
Majlis diteruskan dengan tazkirah Maal Hijrah yang turut disampaikan oleh beliau, menekankan kepentingan penghijrahan diri ke arah yang lebih baik, memperkukuh keimanan serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Turut hadir dalam majlis tersebut Dr. Yahasmida binti Yaacob, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Program tahunan ini menjadi platform untuk seluruh warga JPVNK memuhasabah diri dan memperkukuh ukhuwah, di samping menanamkan tekad baharu dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.