Skip to main content
Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

02 July, 2025

SESI LIBAT URUS GARIS PANDUAN INDUSTRI BURUNG WALET (1GP) 2.0 ZON TIMUR PERKASA PEMBANGUNAN INDUSTRI

02 July, 2025
 
Kota Bharu, 2 Julai 2025 – Sesi Libat Urus Berkaitan Garis Panduan Industri Burung Walet (1GP) 2.0 Bil.2/2025 Zon Timur telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan IPP, Institut Pengurusan Peladang (IPP) Panji. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Yahasmida binti Yaacob, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (DVS Kelantan).
Taklimat sesi telah disampaikan oleh Dr. Fauziah binti Mohd Said, Penolong Pengarah Kanan Unit Aneka Haiwan, Seksyen Bukan Ruminan, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, DVS Putrajaya.
 
Sesi libat urus ini bertujuan untuk memberi penjelasan terperinci berkaitan pelaksanaan Garis Panduan Industri Burung Walet (1GP) versi 2.0, selain mendapatkan maklum balas daripada pengusaha burung walet di Zon Timur untuk penambahbaikan dasar dan pelaksanaan industri secara lebih berkesan dan mampan. Melalui sesi ini, diharapkan para peserta dapat memahami peraturan semasa, amalan baik pengurusan ladang walet, serta standard keselamatan makanan bagi memastikan pembangunan industri burung walet terus kompetitif dan memenuhi keperluan pasaran domestik dan antarabangsa.