ungu   biru   turkois      
enms
A- A A+

Arkib Berita

Tag SPLWK:
TANAH MERAH: Telah berlangsung satu Majlis Penerangan Kepentingan Penyakit Ternakan Lembu di Jajahan Tanah Merah pada 21 Februari 2024 di Dewan Majlis Daerah Tanah Merah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Abdul Fattah bin Haji Mahmood, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN Bukit Panau. Taklimat mengenai Penyakit Ternakan Lembu telah disampaikan oleh Dr. Ainin Syakirah binti Rosli, Ketua Bahagian Kesihatan Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dan taklimat mengenai Pengurusan Ladang Ternakan telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Abdul Rahman, Ketua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Pasir Puteh.
 
Majlis Penerangan Kepentingan Penyakit Lembu di Jajahan Tanah Merah 45
 

Tag SPLWK:
7 dan 8 Februari 2024 - Lawatan dan kunjungan Pegawai Veterinar dari Seksyen Ruminan, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan Putrajaya ke kawasan tanah rizab haiwan negeri Kelantan. Lawatan ini turut disertai oleh Pegawai Veterinar jajahan dan juga penternak-penternak setempat. Lawatan ini adalah untuk melihat pemasalahan dan pembangunan tanah rizab haiwan yang dimajukan untuk industri penternakan
 
Lawatan dan Kunjungan Pegawai Veterinar dari Seksyen Ruminan BPIT Putrajaya 2 resize
 

Tag SPLWK:
30 Januari 2024, Taklimat Bantuan Geran Agropreneur Muda YB ADUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas; Tuan Haji Nasrif bin Haji Daud mengambil satu inisiatif dalam menjadi salah satu medium memperkenalkan bantuan yang tidak asing lagi daripada Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan iaitu Bantuan Geran Agropreneur Muda. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai daripada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Kota Bharu, Nurasmira binti Z Anuar di hadiri oleh Penghulu-penghulu Mukim Jajahan Pasir Mas.
 
Matlamat perjumpaan dan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada Penghulu Mukim dan seterusnya mencari perintis pemain ternakan bagi menggalakkan golongan belia terutamanya untuk lebih berminat menceburi bidang ternakan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan pada masa akan datang.
 
Taklimat Bantuan Geran Agropreneur Muda
 

Kod Qr

dvs kel2

Kaunter Pelawat

Today152
Yesterday164
This week1264
This month818
Total70944

2024-05-05

Waktu Operasi

WAKTU OPERASI PEJABAT :
Ahad - Rabu : 8:00 AM - 5:00 PM
(Rehat 1:00 PM - 2:00 PM)

Khamis : 8:00 AM - 3:30 PM
(Rehat 1:00 - 2:00 PM)
------------------------------------------------
WAKTU OPERASI KLINIK :
Ahad - Rabu : 8:30 AM - 4:00 PM
(Rehat 12:00 PM - 2:30 PM)
Khamis : 8:30 AM - 12:00 PM

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : TUTUP

Penafian

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

Privacy Policy

© Copyright {2020} Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

SEO - LAMAN WEB RASMI JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KELANTAN

Bancian Ternakan Di Negeri Kelantan