TANAH MERAH: Telah berlangsung satu Majlis Penerangan Kepentingan Penyakit Ternakan Lembu di Jajahan Tanah Merah pada 21 Februari 2024 di Dewan Majlis Daerah Tanah Merah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Abdul Fattah bin Haji Mahmood, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN Bukit Panau. Taklimat mengenai Penyakit Ternakan Lembu telah disampaikan oleh Dr. Ainin Syakirah binti Rosli, Ketua Bahagian Kesihatan Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dan taklimat mengenai Pengurusan Ladang Ternakan telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Abdul Rahman, Ketua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Pasir Puteh.
Articles
Majlis Penerangan Kepentingan Penyakit Ternakan Lembu di Jajahan Tanah Merah
- Super User
- Arkib Berita
- Tag SPLWK: