Skip to main content
Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

Lawatan Tapak Projek Pengukuhan Industri Kambing Tenusu di Ketereh dan Pasir Puteh, Kelantan

KETEREH, KELANTAN – Satu lawatan tapak projek pengukuhan industri kambing tenusu telah diadakan pada 8 dan 11 Disember 2024 di Pusat Pengumpulan Susu Kambing (GMCC) di Ketereh dan Pasir Puteh, Kelantan. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemajuan projek yang sedang dijalankan serta memastikan perancangan dan pembangunan industri kambing tenusu di negeri Kelantan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Turut hadir dalam lawatan ini adalah Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Kelantan, Encik Shahiran bin Shaari, serta Dr. Khairun Anisa binti Mat Yazid, Penolong Ketua Bahagian Pembangunan Industri Ternakan. Selain itu, lawatan ini juga disertai oleh Encik Nik Abdul Rahman bin Nik Hussin, Ketua Seksyen Perancang, dan Encik Zaimi bin Mohd Daud, Ketua Seksyen Komoditi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan.

Sebagai sebahagian daripada projek yang lebih besar untuk memperkukuh industri kambing tenusu di negeri Kelantan, bakal-bakal operator kilang turut serta untuk mendapatkan pandangan dan maklumat terkini mengenai projek tersebut. Wakil daripada Economic Transformation Programme (ECERDC) dan jurutera yang terlibat dalam projek ini juga hadir untuk memberikan input dalam aspek pembangunan infrastruktur dan pengoperasian.