Skip to main content
Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan Agih Bantuan Banjir untuk Penternak di Tumpat

Tumpat, 3 November 2024 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Kelantan telah melaksanakan program pengagihan bantuan banjir khusus untuk penternak di Jajahan Tumpat hari ini. Bantuan tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) DVS Kelantan, Encik Shahiran bin Shaari, dalam satu majlis yang berlangsung di Tumpat Kelantan.

Program ini bertujuan membantu penternak yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. Bantuan yang diagihkan termasuk makanan ternakan, mineral blok dan vitamin tambahan yang diperlukan untuk memastikan kesejahteraan haiwan ternakan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Tujoh, Encik Roshdi bin Ramli.

Program ini diharap dapat meringankan beban penternak yang terkesan serta memastikan sektor penternakan di Kelantan terus berkembang meskipun berdepan bencana alam.