Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Kota Bharu yang diwakili oleh Nurasmira binti Z Anuar dan Wan Muhammad Faiz bin Wan Mansor telah selesai mengagihkan lembu pawah bagi peringkat Dun Kadok pada 19 Disember 2023.
Agihan ini telah berlangsung di Pejabat Adun Kadok yang telah dihadiri oleh YB Dato' Sr. Hj. Mohd Azami bin Mohd Nor dimana YB Dato' juga mengagihkan sumbangan dedak kepada penerima di Dun Kadok. Secara umumnya setiap Dun di setiap Jajahan akan menerima seekor Lembu Charolais Kacukan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Semoga program ini menjadi salah satu pemangkin kepada pembangunan industri ternakan di Negeri Kelantan.